Thursday, April 12, 2012

156. Terima Kasih!

Sama-sama kasih kata FAM. Ranking Malaysia menurun lagi. Awok2 janganlah negatif sangat. Dari pandangan FAM, ranking nombor tu naik sebenarnya. Jan: 148, Feb: 150, Mac: 152, April: 156. Trofi pencapaian ini akan diletakkan dalam almari kaca bersama2 dengan trofi pencapaian FAM yg lain.

Awok2 tahu negara bernama New Caledonia? Ethiopia? Burundi? Chad? Dok pernoh dengor langsung? Tahu dok, rangking Malaysia jauh lagi teruk dari negara2 tu.

Bagaimana pulak dengan Palestin? Bangladesh? Filipina? Semua tu pon ranking lagi bagus dari kita.

Kita buat apa ketika negara lain sibuk mengaturkan perlawanan kelas A? Masih lagi sibuk dengan friendly ngan kelab2 BPL.

$$$$$$
Mari kita compare pencapaian kita dengan jiran jauh kita, Vietnam. Akhir tahun 2006, Malaysia diranking 152, jauh lebih baik dari Vietnam yang berada diranking 172. Setelah 5 tahun berlalu... Dah bermacam kelab2 termasyuk BPL datang kesini... Apa yang terjadi? Malaysia menurun ketangga sekarang, 156.

2010: Malaysia 2 - 0 Vietnam

Dimana Vietnam sekarang? Vietnam sekarang berada ditangga 97!!! Berlipat-lipat kali ganda kuasa tiga jauh meninggalkan Malaysia.

Wahai anda2 yang berada di atas sana, buat apa sibuk nak merancang perlawanan pertunjukkan sedangkan ia tak membantu langsung untuk menaikkan rangking Malaysia. Buat apa sibuk nak merancang pemain Malaysia bermain di England sedangkan anda semua tahu, rangking Malaysia terlalu rendah untuk melayakkan mereka bermain disana?

Wahai anda2 yang berada diatas sana, anda yakin pemain Malaysia akan berjaya jika bermain dikelab2 pujaan rakyat Malaysia tu? Adakah liga2 dinegara Asia lain seperti Jepun etc terlalu rendah tarafnya jika dibandingkan dengan liga Malaysia?

Jika ini yang anda2 semua amalkan, memang lingkuplah masa depan bola sepak Malaysia.


Embong - Presiden FAM Sila Letak Jawatan!

Sunday, April 1, 2012

AWAYDAYS: Terengganu vs Selangor. 7 April 2012

Mung kate mung nelang?!


Hubungi Pok Yie (017-9071 543) atau Cha (017-9210 811) kalau berminat nok join trip kali ning.

AWAYDAYS: Langgar Singapura! 28 Jan 2012




Awaydays ke Singapura dirancang lebih sebulan awal. Seramai 8 orang comrades turut serta dalam trip ning.

11.00am
Bertolok pada jam 11 pagi dari TBS naik bas Transnasional dan sampai di Larkin pada jam 4ptg. Lepak makan, beli bekal dan rehat sekejap.Call sorg brother (Ubadillah). Org tranung jugok, duduk di jb tp gi Singapore naik kete dgn member dia. Abg ning dgn baik hati nye mari ator  “white form”.

4.30pm
Naik bas cause way link menuju ke stesen MRT kranji. Perjalanan merentasi tambak johor agok lancor (mujur dok jamm, kalu dok mmg lwt la sapa). Sampai di stesen Kranji lepas sejam.


5.50pm
Naik tren bertolok ke Lavender. Tukor tren di Jurong East. Jupe Sheikh Tajudin utk amek tiket di Lavender – bayor 55sg dollar, dpt 10kpg tiket.

7.00pm
Security dok beri wak masuk snare drum ke dlm, dgn alasan UT takde surat kebenaran dari FAS. Sebelum pergi aku mitok tolong persatuan doh utk kabo ke personnel dari FAS tntang plan nk bawok banner dan drum kecik, in addition, UT email jugok ke FAS punye website kabo nk bawok snare drum tapi, xdok reply sepatoh habuk dari FAS. Atas permintaan, security  pon panggil la 2-3 org personnel FAS utk bincang…lps bncang kurg lebih 20min, mereka tetap berkeras dok beri masuk. Terpakse la tggal drum tu di luor. Drum tu senjata ker sampai dok buleh bertolak ansur langsung?

7.25pm
masuk stadium utk pasang banner, tp malang nye tempat penyokong tranung mmg xdok tmpat nk gantung banner besor….last2, buleh pasang banner kecik ngn bendera je. Penonton away plok diberi seat paling strategik sekali, di blakang tiang lampu!

 
9.45pm
Game abis. Kemenangan berpihak kepada Tranung dengan jaringan 1-0!

10.00pm
Keluar dari stadium menuju stesen Lavender dan naik tren menuju ke Kranji.

11.30pm
Ngam2 dpt naik last bas menuju ke Larkin. Bila sampai, terus beli tiket bas blk KL. Last bas kul 1.30 pagi.

5.15am
Selamat sapa di TBS, KL. Salah seorg comrades kehilangan handphone. Sume gambor trip dalam tu... fuhhh!

Kita jumpa lagi 4/4/12!