Guane nok join

Ultras Tranung bukan sebuah kelab hok perlu awok2 daftar, bayor yuran dan sebagainye. Mari jumpe kat stadium terus. Keutamaan kami adalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu, T-Team dan Malaysia. Sebelum anda menyertai Ultas Tranung, sila baca huraian dibawah:

PAKAIAN 
Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan TRANUNG atau MALAYSIA apabila ke stadium. Lebih elok jika dapat memakai pakaian yang berwarna hitam. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA.

MAFLA
Sila bawa mafla bersama-sama. MAFLA merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. MAFLA penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.

KASUT
Sila pakai KASUT. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan faktor keselamatan. Jangan pakai selipar atau sandal.

BERDIRI
Sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.

CAPO
Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu.

MENYANYI
Kita perlu menyanyi sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh CAPO.

FLARE
Penyalaan FLARE atau SUAR hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab. Penyalaan FLARE mestilah dilakukan secara teratur dan jagalah keselamatan diri masing-masing.

CURVA
Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk di kawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. Kenapa di CURVA? Jauh dari orang ramai? CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif.  Ultras yang berdiri, bersorak dan memasang flare dikuatiri akan mengganggu penonton yang datang untuk menonton secara aman. Kami menghormati pendirian tersebut. Curva jauh daripada penonton biasa, golongan keluarga dan kanak-kanak.

DILARANG MEMBALING OBJECT
Sila menjadi penyokong yang berdisplin. Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS. Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan mahupun padang. Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.

EMOSI
Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.

AMBIL TEMPAT
Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capo Ultras yang akan mengetuai nyanyian dan formasi pergerakkan


Apa lagi? Jupe mung di stadium!

1 comment: