Sunday, November 11, 2012

Pakak turun blake! Piala AFF Suzuki 2012!

Tunggu ape lagi awok2 sekalian? Ingat tarikh ning: 25 & 28 Nov, 1 Dec 2012.


Kempen '10,000 Do The Bouncey Demi Malaysia!'


Monday, September 10, 2012

PM 2012. Mapuh Kerah Blake

Mapuh kerah doh blake terik ning. Dari MB, org atasan PBSNT, coach, pemain & awok2 nyokong. Pok mail jual rokok batang tepi stadium gok sedak sebab stadium penuh sokmo. Ambe tahu ramai hok maroh ker CMJ + PJB. Ade gok hok maroh ker M&M, dok kurang hok maroh ker UT sebab upload gambor CMJ ngan kaki kt FB. haha!


Ambe xmboh komen pape lagi pasal isu MB + CMJ + PJB + M&M. Tgh bersedih lagi ning. Tunggu ambe buat analisis dulu, baru sedak nok ngulas. Kali ni ambe nok tunjuk gambor pasal PM 2012 jer.



2 Gol! Hadioh raya untuk penyokong Tranung. kredit D.Sukan

Mcm biase. Kad meroh.  kredit D.Warriors

Gol kemenangan 2-1. Betul ker Kedoh bowok badi? kredit D.Sukan

Game timbal balik - Sepak terajang. 1-1. badi lagi ker ning? kredit enciknakal.com

Penamat Piala Malaysia 2012.


Lepas game lawan sek barat, kite jumpa lagi musim depan blake. Adming

Thursday, April 12, 2012

156. Terima Kasih!

Sama-sama kasih kata FAM. Ranking Malaysia menurun lagi. Awok2 janganlah negatif sangat. Dari pandangan FAM, ranking nombor tu naik sebenarnya. Jan: 148, Feb: 150, Mac: 152, April: 156. Trofi pencapaian ini akan diletakkan dalam almari kaca bersama2 dengan trofi pencapaian FAM yg lain.

Awok2 tahu negara bernama New Caledonia? Ethiopia? Burundi? Chad? Dok pernoh dengor langsung? Tahu dok, rangking Malaysia jauh lagi teruk dari negara2 tu.

Bagaimana pulak dengan Palestin? Bangladesh? Filipina? Semua tu pon ranking lagi bagus dari kita.

Kita buat apa ketika negara lain sibuk mengaturkan perlawanan kelas A? Masih lagi sibuk dengan friendly ngan kelab2 BPL.

$$$$$$
Mari kita compare pencapaian kita dengan jiran jauh kita, Vietnam. Akhir tahun 2006, Malaysia diranking 152, jauh lebih baik dari Vietnam yang berada diranking 172. Setelah 5 tahun berlalu... Dah bermacam kelab2 termasyuk BPL datang kesini... Apa yang terjadi? Malaysia menurun ketangga sekarang, 156.

2010: Malaysia 2 - 0 Vietnam

Dimana Vietnam sekarang? Vietnam sekarang berada ditangga 97!!! Berlipat-lipat kali ganda kuasa tiga jauh meninggalkan Malaysia.

Wahai anda2 yang berada di atas sana, buat apa sibuk nak merancang perlawanan pertunjukkan sedangkan ia tak membantu langsung untuk menaikkan rangking Malaysia. Buat apa sibuk nak merancang pemain Malaysia bermain di England sedangkan anda semua tahu, rangking Malaysia terlalu rendah untuk melayakkan mereka bermain disana?

Wahai anda2 yang berada diatas sana, anda yakin pemain Malaysia akan berjaya jika bermain dikelab2 pujaan rakyat Malaysia tu? Adakah liga2 dinegara Asia lain seperti Jepun etc terlalu rendah tarafnya jika dibandingkan dengan liga Malaysia?

Jika ini yang anda2 semua amalkan, memang lingkuplah masa depan bola sepak Malaysia.


Embong - Presiden FAM Sila Letak Jawatan!

Sunday, April 1, 2012

AWAYDAYS: Terengganu vs Selangor. 7 April 2012

Mung kate mung nelang?!


Hubungi Pok Yie (017-9071 543) atau Cha (017-9210 811) kalau berminat nok join trip kali ning.

AWAYDAYS: Langgar Singapura! 28 Jan 2012




Awaydays ke Singapura dirancang lebih sebulan awal. Seramai 8 orang comrades turut serta dalam trip ning.

11.00am
Bertolok pada jam 11 pagi dari TBS naik bas Transnasional dan sampai di Larkin pada jam 4ptg. Lepak makan, beli bekal dan rehat sekejap.Call sorg brother (Ubadillah). Org tranung jugok, duduk di jb tp gi Singapore naik kete dgn member dia. Abg ning dgn baik hati nye mari ator  “white form”.

4.30pm
Naik bas cause way link menuju ke stesen MRT kranji. Perjalanan merentasi tambak johor agok lancor (mujur dok jamm, kalu dok mmg lwt la sapa). Sampai di stesen Kranji lepas sejam.


5.50pm
Naik tren bertolok ke Lavender. Tukor tren di Jurong East. Jupe Sheikh Tajudin utk amek tiket di Lavender – bayor 55sg dollar, dpt 10kpg tiket.

7.00pm
Security dok beri wak masuk snare drum ke dlm, dgn alasan UT takde surat kebenaran dari FAS. Sebelum pergi aku mitok tolong persatuan doh utk kabo ke personnel dari FAS tntang plan nk bawok banner dan drum kecik, in addition, UT email jugok ke FAS punye website kabo nk bawok snare drum tapi, xdok reply sepatoh habuk dari FAS. Atas permintaan, security  pon panggil la 2-3 org personnel FAS utk bincang…lps bncang kurg lebih 20min, mereka tetap berkeras dok beri masuk. Terpakse la tggal drum tu di luor. Drum tu senjata ker sampai dok buleh bertolak ansur langsung?

7.25pm
masuk stadium utk pasang banner, tp malang nye tempat penyokong tranung mmg xdok tmpat nk gantung banner besor….last2, buleh pasang banner kecik ngn bendera je. Penonton away plok diberi seat paling strategik sekali, di blakang tiang lampu!

 
9.45pm
Game abis. Kemenangan berpihak kepada Tranung dengan jaringan 1-0!

10.00pm
Keluar dari stadium menuju stesen Lavender dan naik tren menuju ke Kranji.

11.30pm
Ngam2 dpt naik last bas menuju ke Larkin. Bila sampai, terus beli tiket bas blk KL. Last bas kul 1.30 pagi.

5.15am
Selamat sapa di TBS, KL. Salah seorg comrades kehilangan handphone. Sume gambor trip dalam tu... fuhhh!

Kita jumpa lagi 4/4/12!

Wednesday, February 1, 2012

Flare: Sejarah dan Undang-undang

Embong terpanggil utk post topik psl benda ning sebab byk isu dihadapi oleh sub group ultras negeri di Malaysia yg berkaitan dengan flare. Flare dihalalkan di SSINS tp diharamkan sama skali di sesetengah stadium lain di Malaysia.

Flare? Dlm bahasa Malaysia dipanggil 'suar'. Kalu kat stadium SSINS, org panggil 'bunge api meroh'. Kalu tanya Mok Joh, dia dok tahu mende pon.

Embong nok tanya, mung kenal dok Martha Coston? Mung kate mung ultras tm. Ultras pompuan pertama? haha.. Sebelum zaman perjanjian Pangkor lagi, mat saleh ning lah hok cipta flare.


Martha Coston

Lepas hampir 100 tahun flare dicipta, barulah flare menjadi sebahagian daripada budaya ultras. Yg menjadi topik perbincangan ultras seluruh dunia, gerakan ultras manakah yang pertama membawa flare ke stadium? Adakah ada perbincangan ataupun budaya penggunaan flare terjadi tanpa dirancang?

Ada hok kate penyokong St Etienne (kelab dr Perancis) hok mula2 menggunakan flare di stadium, dan ada jugok hok kate Torcida (penyokong Hajduk Split). Tp takdok hok berani claim dia yg pertama guna. Apa pun, perkembangan ultras merebak secara meluas di Itali pada awal tahun 1950an. 

atmosfera flare

Kalu check dlm wikipedia, flare lebih senang kalu difaham mcm ning:

A flare, also sometimes called a fusee, is a type of pyrotechnic that produces a brilliant light or intense heat without an explosion. Flares are used for signalling, illumination, or defensive countermeasures in civilian and military applications. Flares may be ground pyrotechnics, projectile pyrotechnics, or parachute-suspended to provide maximum illumination time over a large area. Projectile pyrotechnics may be dropped from aircraft, fired from rocket or artillery, or deployed by flare guns or handheld percussive tubes.

Dok pahang starang? Check kat Google translate.

Pertuduhan yang boleh dikenakan jika seseorg ditangkap memiliki flare: 

Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Ada yang mengatakan flare akan mengeluarkan asap, api dan percikan yang boleh koyakkan baju. Oleh yg demikian, flare secara automatik dikategorikan sebagai bahan letupan. Yer ker?

Itulah isu utama yg selalu menjadi perdebatan; adakah flare boleh dikategorikan sebagai mercun/bahan letupan atau tidak? Flare bukan bunga api, tetapi seperti bunga api? Jika flare dikategorikan sebagai bahan terlarang, kenapa flare masih dijual secara terbuka? Semua org bebas untuk membeli flare dan memang dibekalkan jika anda membeli kereta import.

lame doh peram benda ning

Ada penonton yg melihat flare sebagai satu bentuk kemeriahan dalam stadium, tp ada jugok hok rasa asap flare ning mengganggu penonton lain. Bila benda ning jadi, kite kena rujuk balik dgn prinsip utama ultras yg duduk di curva / penjuru stadium. Ultras hok duduk di curva bukan saje2. Semua benda ada tujuan.

Tp Embong lebih suke mentakrifkan flare sama seperti pemetik api. Iaitu benda 'halal' yg diharamkan dibawa masuk ke stadium tetapi penyokong boleh merokok didalam stadium tanpa sebarang gangguan (kecuali kalu ada mokcik sound).

Embong nok kabo ke pihok yg berkenaan, ultras pasang flare bukan secara main-main. Flare tidak akan dipasang jika dok dpt green light dr Capo / ketua. Dok kisoh pon kalu Polis nok kawal sebagai langkah keselamatan. Cer tgk gambor bwh ning. Kalu semua stadium mcm ning kang baguh...

Flare dgn pengawasan Polis

Ultras boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa / pengurusan stadium jika itu yg dimahukan. Kuasa hanya ada ditangan kalian diatas sana. Salam yg dihulur, bolehkan disambut?


Bahan dan sumber artikel yg terhad diatas diambil dr internet dll - Embong

Monday, January 16, 2012

Kisah si batang

Kemeriahan di stadium akan menjamin penyokong utk kembali bertandang. Flare, Big flags, Giant banners adalah antara penyumbang kpd kemeriahan stadium.

Tp, guane nok kibor bendera kalu batang bendera dokleh masuk stadium?!! bodo punye org, ikut sgt ke fam bangsat. [AW]
Dengor cite lepas ning dok buleh bawak masuk batang kayu ke SSINS. Saudara2 diatas sana tahu dok batang kayu tu nok buat mende? Bukang nok katok pale org, bukang nok libas ke player kalu kaloh. Batang kayu tu utk kibar BENDERA dan PANJI negeri TERENGGANU! Negeri kebanggaan kite! Sepanjang setahun UT di SSINS, pernoh ker dgr kes org kena bahang ngan batang kayu?
Kalu kat stadium Shah Alam dok heran lah. Dari dulu mmg dok buleh bawak masuk batang kayu. Kalau takut jadi pergaduhan, kat luar stadium lagi byk pergaduhan. Bukan setakat batang kayu, batu bata pon buleh plekong!
Kat stadium negeri lain, dengor crite sampai ada dok buleh bawak masuk 'hailer'. Takut berlawan dengan pembesor suara stadium kot. Pastu kat sebuah negeri di utara Malaysia, harga tiket yang ditetapkan adalah RM10! Walhal persatuan negeri sanggup menurunkan harga tiket bagi membuka ruang untuk penyokong datang beramai2. Tp terpaksa akur dengan kuasa org2 atas yang mahu harga tiket seragam disetiap negeri. Besor ngat kuasa org atas!
Bayangkan sokongan tanpa Panji Bendera sebagai tanda kemegahan dan sayang kepada pasukan.
Hottoh! Kalu Embong kabo ker Mok Joh, ngamuk lagi lah dia. Baru yer nok sejuk lepas kes player import hari tu. Tp Embong slalu gok nmpok Mok Joh bahang anok dia hok degil ngan batang kayu.
Bila penyokong tidak dibenarkan untuk menyuarakan 'semangat' dalam sokongan kepada pasukan, apa lagi yang kita boleh buat? Duduk sambil rilek2, tunggu pasukan menjaringkan gol? Kalau ini yang kita mahukan, Embong buleh bagi perumpamaan bagi situasi mcm ni. Macam makan tapi tak kenyang, Macam kawin tapi tak boleh ehem2 ngan isteri. Hottoh! Bila mana tahap mcm ni yang jadi, mana klimaks menonton bolasepak?
Embong nak kongsi pengalaman menonton perlawanan bola sepak di Singapore tahun lepas. Time tu Malaysia vs Etoile FC [kelab dari Perancis yang bermain di Liga-S]. Bila sampai jer di Stadium Jalan Besar, mcm2 undang2 yang kena ikut. Tak boleh bwk masuk drum, tidak boleh bawak masuk batang bendera, tidak boleh gantung banner, tidak boleh berdiri dan lain2. Lepas bincang, pujuk rayu pegawai sana, baru dia bagi bawak masuk drum dengan berdiri untuk chanting. Gitu ker hok kita mahu?
Sinar Harian
Cer baca nurkilan Ultras Perlis [Brigate Gialloblu]
http://bgb-perlis.blogspot.com/2012/01/stretford-end-sebuah-sejarah-ringkas.html
Apabila KAPITALIS menguasai bola sepak, mereka yang mencipta wang ringgit dari bola sepak akan kuasai segalanya! Tangan kedada, pandang keatas.. Tanya diri sendiri. Adakah ini keputusan yang betul atau undang2 BANGSAT yang kita mahu praktikkan?!
Panji Ultras Tranung akan tetap dipertahankan!

Thursday, January 12, 2012

Tranung vs FAM. Siapa yang salah?

Tahniah kpd seme comrades hok turun ke Ipoh mareng dulu. Walaupun Trg kaloh game awal, tp semangat tetap membara boh.. Lepas game, sibuk pasal isu player import. Mok Joh depang rumoh hok dok care lasung pasal bola pon buleh tahu pasal bende ning. Ye kabo sebab MB maroh, sbb tu dia tahu. Embong g beli surat kabor pon, berita pasal ning blake. Sampai Mat Said kate nok saman FAM, pastu nok tarik diri dari liga Malaysia. Doh guane gitu? Maroh ngat MB kite. Embong tanya ayoh ambe, diye jawab senang jer... mapuh gi ar blake.. Aku sibuk nok cari rezeki ning. Mung nok makang natang mende kekgi? Org sibuk nok bace berite pasal kes Anwar, mung duk care ker FAM tu bakpe? Senyap ar Embong bile boh kate gitu.


"Saya rasa benar-benar kecewa apabila (Terengganu) tidak dibenarkan menurunkan dua pemain terbabit kononnya melanggar peraturan pekeliling asal bertarikh 8 Disember lalu (pendaftaran pemain import untuk Liga Super)" [Mat Said]


 



Sian Embong tengok. MB bukang ngajuk jebek, tp maroh teruh! Belang2 Embong duk kait pukat petang2, Embong buat analisis... Keje kelaut jer, analisis semacang! [Embong cakak KL sket buleh? takut sek2 ye dok pahang]

Isu psl pendaftaran player import mmg lame doh sebelum pada tarikh tutup pendaftaran pada 8 hb Dec 2011 hari tu lagi. Ade pasukan yg tak sempat nak daftar. Mcm2 alasan. Trg, Ng9, Johor Fc dll... Embong rase sebab lama sangat persatuan2 negeri dok pernoh isi borang pemain import. Tu yg jadi kelam kabut tu.

Antara syarat yang ditetapkan FAM: Status pemain dari Amerika Latin dan Eropah harus dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia pemain dari Divisyen 1, dan ini ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai mereka [BH, 31 Dec]

Pastu ada lagi dalam guideline yang dikeluarkan FAM [rujuk:
http://www.fam.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=341&Itemid=174&lang=en]

5.3   However, only current National Players from countries with world ranking higher than Malaysia’s ranking in FIFA’s World Ranking listed on 24th August 2011 is allowed to play in M-League 2012.

17.   Foreign Players who are playing or who have played in AFF South East Asian League have to complete a cooling-off period of two years, where their last Contract must have ended before or on 7th December 2009 before they can be hired by State Football Association or Club to play in M-League 2012.



Mase itu, benda ini belum meletup lagi. Cume isu ning jadi lagi hangat lepas FAM sendiri menghantar surat pekeliling bertandatangan Dato' Azzuddin kpd PBSNT bertarikh 23 Disember 2011. Antara butiran didalam surat tersebut adalah:


4.1.3. Pastikan kontrak pemain-pemain asing berkenaan telah berakhir atau telah ditamatkan sebelum 8 Disember 2011 dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak, iaitu pasukan asal dan pemain.

4.2. Syarat-syarat Pemain Asing dari pasukan-pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam liga-M 2012:

4.2.1. Hendaklah menamakan maksimum 2 orang Pemain Asing yang akan bermain dalam Liga-M 2012 dan pemain ini tidak boleh ditukar hingga tamat musim Liga-M 2012 kecuali pertukaran dibuat semasa pendaftaran kedua iaitu pada 2 hingga 16 April 2012.

4.2.2. Senarai Pemain-pemain Asing untuk didaftarkan dalam Liga-M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada jam 12.00 tengahari Jumaat 6 Januari 2012 bagi pasukan Kelantan dan bagi Pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada jam 12.00 tengahari Isnin 9 Januari 2012 dengan mematuhi Perkara 1 dan 2 di atas.



FAM menyalahkan PBSNT kerana tidak memahami maksud surat kedua yang dihantar kerana surat kedua tidak langsung merujuk berkenaan lanjutan tarikh pendaftaran pemain import. Siapa yang salah? Persatuan negeri atau masih FAM yang salah?


"Mereka seharusnya memahami dengan jelas dan secara keseluruhan berhubung kandungan surat terbabit termasuk lampiran. Surat yang dikeluarkan jelas dan tiada sebarang lanjutan tarikh diberikan kepada Terengganu untuk mendaftarkan pemain import. Malah Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh adalah ahli JKPT dan sepanjang kami bermesyuarat empat kali sejak November lalu tidak pernah dalam minit mesyuarat ada cadangan atau dibangkitkan mengenai lanjutan tarikh pendaftaran untuk pemain import Terengganu" [Hamidin, BH]


Menurut Datuk Che Mat pula, surat pekeliling bertarikh 23 Dis itu langsung tidak menyentuh berkenaan Piala AFC. Isi kandungan surat itu memang berkenaan dengan Liga-M 2012.


"Namun presiden badan induk bola sepak negeri itu, Datuk Che Mat Jusoh tetap berpegang teguh dengan pendiriannya sebelum ini bahawa pemain import untuk juara Piala FA 2011 itu boleh didaftarkan sehingga kelmarin. Ini adalah pandangan serta pendapat saya selepas membaca surat pekeliling terbabit. Kami terpaksa akur kerana tidak mahu merumitkan suasana namun jangan cuba mencari kesalahan sesiapa dalam masalah ini termasuk Abdullah Salleh (Setiausaha PBSNT) yang menjadi ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM" [Che Mat, HM]



Tetapi, kenapa Dato' Azuddin meminta maaf selepas insiden ini? Bermakna memang FAM melakukan kesilapan! Dan apakah sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Hamidin? Meminta PBSNT meminta maaf balik kepadanya? Embong tanya lagi. Siapa yang salah? Persatuan negeri atau masih FAM yang salah?


"Maaf, kami mengakui melakukan kesilapan dalam pekeliling tersebut. Azzuddin memberitahu meskipun kesilapan teknikal itu amat dikesali tetapi ia tidak bermakna status kedua-dua pemain import tersebut dibenarkan beraksi dalam Liga-M 2012" [Azzuddin, Kosmo]


FAM nampak begitu ketat dan tegas dalam hal berkaitan pemain import. Ya, FAM memang terkenal dengan tegas dalam semua hal sejak dahulu lagi. Ketegasan FAM itulah yang menjadikan Malaysia hampir berjaya [sikit lagi!?] layak ke Piala Dunia, Sukan Olimpik dan ranking Malaysia naik mendadak. We love u FAM!?


Tetapi, mengapa Ramez Dayoub pemain import Selangor yang berasal dari Lubnan layak untuk bermain? Untuk pengetahuan semua, Ramez bermain bersama Magway FC di Myanmar [2011]. Syarat ke 17 untuk pemain import adalah mesti menamatkan 'cooling-off period' selama 2 tahun bagi pemain asing yang bermain di liga Asean [Myanmar]. Ramez blom sampai 2 tahun pon lagi. Siapa yang salah? Persatuan negeri atau masih FAM yang salah?


Baca ini. Ada yang mentertawakan persatuan negeri kerana tidak membaca syarat-syarat dengan teliti. Sila rujuk syarat pemain import seperti dibawah:


5.3   However, only current National Players from countries with world ranking higher than Malaysia’s ranking in FIFA’s World Ranking listed on 24th August 2011 is allowed to play in M-League 2012.


Apa yang Embong faham, jika pemain import tersebut mewakili negaranya yang berkedudukan lebih tinggi dari Malaysia, maka dia layak untuk bermain. Ini terbukti apabila sekarang Lubnan [kedudukan 111] berkedudukan lebih tinggi dari Malaysia [kedudukan 148]. Embong tanya sekali lagi. Siapa yang salah? Persatuan negeri atau masih FAM yang salah?

Tetapi jangan terlepas pandang...


5.3   However, only current National Players from countries with world ranking higher than Malaysia’s ranking in FIFA’s World Ranking listed on 24th August 2011 is allowed to play in M-League 2012.


Apakah ranking Lubnan dan Malaysia pada 24 August 2011? Lubnan [kedudukan 160] berkedudukan lebih rendah dari Malaysia [kedudukan 146]. Anda terkejut? Lubnan mampu naik dari kedudukan 160 pada Aug 2011 kepada kedudukan 111 dunia dalam masa hanya beberapa bulan sahaja. Malaysia dimana ketika itu? Masih sibuk dengan perlawanan sarkas? Siapa yang salah?


Apa-pun, syarat terakhir ni adalah penutup kepada semua syarat-syarat. Embong salah, Semua orang pon salah. Yang betul ada satu jer. FAM.


20.   In the event of any dispute on the interpretation of these Guidelines, the decisions of the Vetting Committee of the Football Association of Malaysia shall be final.


Embong bukan nak marah kepada pasukan / peminat selangor. Ada yang mungkin kecik hati. Embong tahu ada yang marah bila peminat-peminat bola sepak kaitkan Hamidin+FAM+Selangor. Apa yang kami marahkan adalah sikap tidak mahu mengaku salah Datuk Hamidin dalam hal ini dan sikap FAM yang terlalu banyak berdolak alih. Undang-undang dicipta oleh manusia. Manusia? Undang-undang ciptaan FAM selama ini tidak mustahil untuk diubah jika memberi manfaat kepada semua pasukan.

Last skali Embong nak tanya. Siapa yang salah? Persatuan negeri atau masih lagi FAM yang salah? - Embong



adming: Segala info dirujuk daripada blog2, fb page kelab peminat, akhbar dll.



Wednesday, January 11, 2012

Ultras Tranung. 2011 dan selepas.

Comrades. Salam Perjuangan. Mungkin agak terlewat bagi Ultras Tranung mempunyai sebuah blog sebagai medium propaganda dan alat resolusi perjuangan. Langkahan selama ini tidak mustahil untuk diundur jika memberi manfaat kepada semua.

Ultras Tranung [atau UT] yang bernaung dibawah panji Ultras Malaya secara rasminya ditubuhkan pada 1 Januari 2011 hasil persepakatan beberapa ahli Ultras Malaya, penyokong pasukan Terengganu dan juga dari sokongan Terengganu FC [TFC]. Misi utama ditubuhkan UT adalah bagi mewujudkan suasana dan bentuk baru dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia, negeri Terengganu dan juga T-Team. Komplot pertama penubuhan UT di Sunway disusuli dengan komplot kedua di Kuala Terengganu telah berjaya mencapai kata putus bagi penubuhan Ultras Tranung.

Logo Ultras Tranung
Maksud logo UT? Warna hitam putih melambangkan jati diri kita yang tegas dan teguh dalam jiwa dan juga warna yang sinonim dengan negeri Terengganu. Logo berbentuk perisai bermaksud comrads UT yang setia dan utuh dalam menempuh cabaran. Penyu memberi lambang kepada negeri dan genggaman tangan memberi gambaran kekuatan yang mampu dijelmakan oleh semangat 'persaudaraan' comrades UT.

Debut pertama UT ketika Terengganu menentang Sabah pada 29 Januari 2011 menjadi titik permulaan bagi perjuangan ini. Selepas permulaan dengan hanya beberapa orang ahli di stadium, UT tidak lagi menoleh kebelakang. Hasil sokongan dan tidak kurang juga kritikan dari semua, UT semakin berkembang hinggalah ke hari ini.

Permulaan awal gerakan ini mungkin menimbulkan pertanyaan dan keraguan dikalangan penyokong Terengganu. Ramai yang beranggapan UT hanyalah dianggotai oleh budak-budak yang baru mengenali dunia bola sepak dan golongan muda yang tiada kerja yang hanya tahu terpekik didalam stadium. Benarkah? Penjelasan berkenaan ini mungkin terjawab jika anda berani mendekati dan menyertai gerakan Ultras Tranung.

Admin menyeru sekalian rakyat Terengganu yang berjiwa tegar untuk bersama-sama kita gamatkan stadium! Maklumat berkenaan UT dan perkembangan terkini akan dimaklumkan di Facebook [page: Ultras Tranung. group: Ultras Tranung Comrades] dan juga di Twitter [Ultras Tranung].