Wednesday, January 11, 2012

Ultras Tranung. 2011 dan selepas.

Comrades. Salam Perjuangan. Mungkin agak terlewat bagi Ultras Tranung mempunyai sebuah blog sebagai medium propaganda dan alat resolusi perjuangan. Langkahan selama ini tidak mustahil untuk diundur jika memberi manfaat kepada semua.

Ultras Tranung [atau UT] yang bernaung dibawah panji Ultras Malaya secara rasminya ditubuhkan pada 1 Januari 2011 hasil persepakatan beberapa ahli Ultras Malaya, penyokong pasukan Terengganu dan juga dari sokongan Terengganu FC [TFC]. Misi utama ditubuhkan UT adalah bagi mewujudkan suasana dan bentuk baru dalam memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia, negeri Terengganu dan juga T-Team. Komplot pertama penubuhan UT di Sunway disusuli dengan komplot kedua di Kuala Terengganu telah berjaya mencapai kata putus bagi penubuhan Ultras Tranung.

Logo Ultras Tranung
Maksud logo UT? Warna hitam putih melambangkan jati diri kita yang tegas dan teguh dalam jiwa dan juga warna yang sinonim dengan negeri Terengganu. Logo berbentuk perisai bermaksud comrads UT yang setia dan utuh dalam menempuh cabaran. Penyu memberi lambang kepada negeri dan genggaman tangan memberi gambaran kekuatan yang mampu dijelmakan oleh semangat 'persaudaraan' comrades UT.

Debut pertama UT ketika Terengganu menentang Sabah pada 29 Januari 2011 menjadi titik permulaan bagi perjuangan ini. Selepas permulaan dengan hanya beberapa orang ahli di stadium, UT tidak lagi menoleh kebelakang. Hasil sokongan dan tidak kurang juga kritikan dari semua, UT semakin berkembang hinggalah ke hari ini.

Permulaan awal gerakan ini mungkin menimbulkan pertanyaan dan keraguan dikalangan penyokong Terengganu. Ramai yang beranggapan UT hanyalah dianggotai oleh budak-budak yang baru mengenali dunia bola sepak dan golongan muda yang tiada kerja yang hanya tahu terpekik didalam stadium. Benarkah? Penjelasan berkenaan ini mungkin terjawab jika anda berani mendekati dan menyertai gerakan Ultras Tranung.

Admin menyeru sekalian rakyat Terengganu yang berjiwa tegar untuk bersama-sama kita gamatkan stadium! Maklumat berkenaan UT dan perkembangan terkini akan dimaklumkan di Facebook [page: Ultras Tranung. group: Ultras Tranung Comrades] dan juga di Twitter [Ultras Tranung].


No comments:

Post a Comment