Thursday, June 19, 2014

Al-Fatihah The Legend Datuk Bakar

Dikesempatan ini, walaupun ada yang dang ada yang dok dang, walaupun dok tau date ke, birthday ke, sempena apa ke, sama2 kita ingati dan sedekahkan Al-Fatihah kepada The Legend Manager aka Player Terengganu FA jugok dulu, Al-Marhum Datuk Abu Bakar Daud.

Al-Marhum Datuk Abu Bakar Daud

Seorang pemimpin hebat yang begitu agresif dan kecenderungan terhadap bolasepak sangat tinggi. "Memang saya 'gilakan' bola sepak" dan kalau diajak bercakap mengenai bola sepak, rakan2 pemimpin ini boleh berbincang mengenainya sehingga berjam-jam.

Tidak lupa cerita orang2 terdahulu ketika suasana panas dan mutu pengadilan dijual beli, arwah bersatu hati bersama semua fans bangkit menentang pengkhianat bolasepak negara. Dan di akhir pesannya utk kita FIKIR bersama..

Lebih daripada hakikat itu, Abu Bakar selalu percaya bahawa hidup ini juga tak ubah seperti bola yang akan terkeluar dari padang kalau pemain tidak mahir mengawalnya.

Sampaikan salam kami kepada keluarga anak cucu Datuk kpd yang mengenali. We miss you. Dan kami harap / berdoa agar legasi dan keterampilan pimpinan bolasepak disambung dan tumbuh berganti.. InsyAllah..

-AAU-

Wednesday, June 11, 2014

Tranung 1 - 4 Selangor


Tiada siapa yang dapat menafikan Hukum Aqal dan Adat dengan apa yang berlaku.. Namun terapan brotherhood dan erat serta faham fungsi kita selaku suara besar dibelakang player kita, memang perlu utk senangtiasa hadir utk Tranung.. Konsep 'Tolong' dengan gaya disiplin kita, harus ada dan difahami oleh semua yang lain agar kita jadi cekal dan kental mental..

Buang yang keruh ambik yang jerenih.. Kita bukan tercorot tapi kita masih dikelompok pasukan digeruni.. Pasukan dalam erti kata bukan hanya player sahaja, bahkan penyokong juga perlu seiring bisa nya dlm menghadapi lawan lain..
Biarkan apa org kata, pedulikan apa keputusan beribu kosong pon, hari selasa hari bekerja sudah menampakkan anda semua mampu hadir apa jua utk Tranung..
Kenapa tidak utk hari hari lain? Pasti lagi menggila deh!

Terima kaseh kepada comrades yang hadir dari seluruh Malaysia bahkan lokaliti jua.. Ada yang balik semata utk Ultras, ada yang rela balik walau 20 minit bersama Ultras, cuti, ponteng, sepakat, dan macam2 pergerakan kami Salute 100% utk semua yang berkorban apa jua reti sokongan Demi Tranung..

-AAU-

No pyro in stadium? No problem...

Siapa lagi kalu bukan kita yang kempenkan nya.. Bersatu dan bukan bersikap turut dan takut rugi demi kebangsatan Fam itu 30 Tahun mundur gila babi... Kami bukan buat se stadium dok cheredik tp kami nok semua belajar jadi sesuatu yang cheredik...

Rombak FAM. Selamatkan Bola Sepak Malaysia!
 

A.C.A.B

Ape pong dok buleh!


#DemiTranung

Bukan sebarangan hashtag.. Ia nya penuh tersirat memupuk bahagia cintakan negeri dan pasukan kita.. Cintakan tanahair bersama hati dan jiwa murni, patriotik dengan disiplin warna hitam putih terus terpelihara sejak usul lagi... Bangun semua penyokong, satukan hati mu, tinggikan sorakan mu, samakan suaramu..

"..Suratan di Batu, Adinya Di Terengganu..."

-AAU-

Wednesday, April 2, 2014

Kita sudah bermula!

Dari Besut hingga Kemaman moga teguh pendirian untuk sama2 kita dalam sokongan berterusan atas nama Negeri kita ini Terengganu Darul Iman, kalah menang tetap terus perjuangan, berdaya saing seperti rakan kita di venue lain, maka kita seharusnya membuka mata bahawa perkara ini PERLU/WAJIB hadir dalam setiap diri dan jiwa ini sama sama menjemput semua ke
latihan sorakan untuk Terengganu!

Larutkan Kesukarelaan Demi Tranung Sampai Akhir Hayat



Tok Ku

Hitam Putih!

Yang mana masih dok pandai naluri berpakaian negeri tu, sila belajar mulai sekarang bahawa pakaian negeri ini bermula dgn warna hitam/putih atau campuran kedua warna... Jadikan satu kesalahan dan 'kemaluan' jika deme semua dok berpakaian mengikut warna yang betul... Dok lagi cakap pasal kasut dan scaff/mafla iaitu aksesori penting dlm sokongan...

Sedarlah wahai saing, kita ning sedang menuju puncak walaupun merangkak, kerana dengan adanya kesatuan antara kita anak negeri Trengganu, maka automatik lahir KESUKARELAAN apa jua DEMI TRANUNG.. Fikir warisan dan budaya menyokong dalam bolasepak ini penting utk sebuah kecintaan kepada usul negeri kita ning..



DEME TERENGGANU BERSAUDARA | Tok Ku